Tuesday, 1 January 2019
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan sedunia. Rata-rata buku akademik,novel,bahan rujukan umum, segala peralatan dan juga ubat-ubatan juga dalam Bahasa Inggeris. adakah pernah anda melihat suplemen kesihatan dan ubat-ubatan antarabangsa dalam bahasa Melayu,atau bahasa Cina dan sebagainya? Jujurnya,tiada bagi produk antarabangsa. Kalau kita hendak bermain game alam maya di telefon bimbit juga,bahasa perantaraannya adalah bahasa Inggeris.
Di Malaysia,terutama di kawasan luar bandar,penggunaan bahasa Inggeris di anggap sebagai bahasa orang yang pandai-pandai, bahasa orang yang kaya raya. Pelajar di luar bandar juga sering menghadapi kesukaran dalam menggunakan bahasa Inggeris walaupun bertahun-tahun belajar bahasa Inggeris di sekolah. Pelajar luar bandar juga tiada keyakinan dalam menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, ramai pelajar di luar bandar seringkali mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan dan lebih teruk lagi apabila semua subjek teras yang lain boleh skor dengan baik atau A,tetapi bagi subjek bahasa Inggeris dapat sangat rendah ataupun gagal!
Mengikut pengalaman saya sebagai tutor di kawasan luar bandar,kelemahan paling ketara bagi pelajar ini adalah tidak menguasai vocabulary dan juga grammar. mereka banyak menggunakan translasi bahasa secara terus. dalam erti kata mudah, mereka mengInggeriskan bahasa Melayu tersebut secara terus. sebagai contoh, stesen bas ditranslasikan sebagai 'station bus'. Penggunaan kata yang betul adalah 'bus station'. Sebenarnya, untuk menguasai sesuatu bahasa, adalah dengan menguasai vocabulary yang betul dan tepat.
bahasa Inggeris sangat mudah untuk dikuasai, sebagaimana rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan dan bahasa kebangsaan,begitu juga dengan bahasa Inggeris. bahasa Inggeris ini digunakan sebagai bahasa penghantar. tidak kira dimana negeri kita berada. Saya nak mudahkan pemahaman,bahasa Inggeris ini bukanlah bahasa alien seperti yang pelajar saya selalu katakan. contohnya, di Malaysia ada banyak negeri dan suku kaum berbeza, ada pelbagai dialek bahasa digunakan mengikut negeri, ada juga yang menggunakan bahasa Jawa,dialek Kelantan,Perak, Negeri Sembilan dalam komunikasi seharian mengikut negeri masing-masing.
istilah yang digunakan untuk merujuk kepada basikal adalah sepeda yang dipinjam daripada perkataan bahasa Perancis,kereta angin yang digunakan di kawasan-kawasan Sumatera Barat di Indonesian, dan gerek yang banyak digunakan di kawasan-kawasan utara dan pantai timur Semenanjung Melayu. Dalam bahasa Inggeris,basikal adalah bicycle. Sebutannya hampir sama tetapi berbeza ejaan.
bagaimana hendak bermula belajar menguasai Bahasa Inggeris?
Antara elemen penting dalam menguasai Bahasa Inggeris adalah dengan menguasai Vocabulary dan Grammar. Ada yang tahu penggunaan Grammar dengan baik, tetapi dek kerana kurang menguasai Vocabulary Bahasa Inggeris, penceritaan atau pemahaman sesuatu topik menjadi sangat terhad. Ramai pelajar saya kecundang dalam essay writing pada mulanya,kerana kurang kuasai Vocabluary. Penekanan saya pada kali ini adalah dengan menguasai Vocabulary, Social Expression dan asas Grammar mudah.
Bahasa Inggeris sangat mudah untuk dikuasai jika setiap individu terbuka minda dan berminat untuk pelajari bahasa baru. Langkah pertama, pelajar perlu sediakan kamus,sebuah buku latihan, sebatang pensel atau pen. Untuk menjadikan proses pembelajaran bahasa Inggeris yang menarik, boleh juga sediakan pen yang berwarna-warni.
Dalam buku latihan tersebut, pelajar hendaklah menulis tema-tema..:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment