Monday 31 December 2018

Siapa Saya

Seorang home tutor selama hampir 10 tahun. Permulaan menjadi guru tuisyen sebagai pembantu Coach Catur dibawa oleh rakan saya yang mengajar di Bangi ketika itu. Tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang guru, kerana waktu itu saya masih lagi belajar sebagai pelajar tahun kedua ijazah sarjana Muda Sains Aktuari di Uitm Shah Alam. Menjadi pembantu Coach Catur itu juga adalah sebagai guru ganti yang tidak dapat hadir ketika itu. Catur adalah permainan kegemaran saya. Saya mewakili pasukan Uitm Shah Alam ketika itu.

Selepas hampir 5 bulan saya mencari pekerjaan di serata tempat setelah bergraduasi. Saya memohon jawatan sebagai guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen berhampiran rumah saya. Syukur alhamdulillah, tanpa pengalaman mengajar subjek Bahasa Inggeris, saya telah membantu ramai pelajar skor dalam subjek Bahasa Inggeris sekolah rendah dan menengah di pusat tuisyen itu dan juga personal kelas tuisyen di rumah pelajar.

Selain daripada mengajar subjek Bahasa Inggeris, saya juga mengajar subjek Matematik, Sains, Matematik Tambahan, dan Bahasa Malaysia. Tahap UPSR, PT3dan SPM. Saya mempunyai kelas-kelas tuisyen di rumah kediaman yang mempunyai seramai 170 orang pelajar. Saya dibantu oleh 10 orang rakan-rakan tutor yang lain.

Alhamdulillah, setiap tahun sentiasa ada khabar gembira daripada ibu bapa dan para pelajar yang memaklumkan peningkatan prestasi dan pembelajaran akademik mereka. Saya berasa sangat bahagia dan gembira apabila ada pelajar saya yang mendapat keputusan A dalam peperiksaan daripada Gagal! Ini meniupkan semangat saya lagi untuk terus berjuang membantu pelajar yang lemah dan mahukan perubahan yang positif dalam akademik mereka.